Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu
berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran surat sarat anda
boleh gunakan daun serai, daun pandan dan daun nangka yang direbus.
Biarkan air tersebut menjadi suam kuku setelah itu bolehlah anda gunakan
untuk mandian selama tiga hari. Anda akan dapati bahan yang letih lesu
itu akan sembuh dan akan bertenaga kembali.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat. Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kualai menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Dapatkan nasihat doktor dahulu. Apabila kaki anda luka kerana terpijak paku
yang berkarat, segera cari bawang putih yang berdaun. Buang kulitnya dan
celupkan ia ke dalam minyak dan panaskan seketika di atas api yang
sederhana besar. Kemudian segera tampalkan bawang putih itu pada
bahagian yang luka tadi dan tukar bawang putih dua kali sehari. Ia
dengan segera membuang bisa karat yang melekat dalam daging kaki anda.
Jika keadaannya tidak pulih dan terus berbisa, segera jumpa doktor.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Jika anda ada masalah untuk menyembuhkan
jerawat, gunakan cara tradisional untuk mengatasinya. Ambil beberapa
helai pucuk jambu batu dan gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus.
Kemudian sapukannya pada bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu.
Untuk menjadikan lebih mujarab, pakailah bersama-sama dengan bedak sejuk
dan hasilnya tentu tidak mengecewakan.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Mungkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit
muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. Unutk mencubanya, dapatkan
kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam
sewaktu anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang
mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda
rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Inai bukan saja boleh digunakan untuk
memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya. Untuk
mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu
memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus
dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja.
Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan
air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah
wajah anda berseri.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas
bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut
wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan
kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke
hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali
mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di
wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum
mengambil sarapan pagi.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0