http://fairytale-munchys.blogspot.com/p/petua.html
1001 Maklumat Mengenai Kecantikan Kulit, Wajah, Tubuh, Dalaman & Luaran. [Kosmetik Seri Wajah & Serbuk Pure Collagen Pueraria Mirifica Plus Mix Berry]
Petua Hilangkan Bintik Hitam – Timun & Tepung Jagung
http://fairytale-munchys.blogspot.com/p/petua.html
Petua Menangani Kulit Kering
1] Satu camca madu asli dihangatkan dan sapu perlahan lahan pada muka menggunakan jari. Lakukan 10minit. Bilas dengan air suam dan terus bilas sekali lagi dengan air ais.
2]Satu camca besar Susu tepung dikacau dengan sedikit air. Ratakan pada muka. Biarkan sehingga kering dan bilas, terus diikuti dengan bilasan air ais.
3] Sebiji Mangga, elok yang lembik. Kupas dan kisar lumat. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air.
4] Selain dari khasiat untuk kulit kering, petua ini juga penyeri wajah:
Ambil sekuntum bunga mawar segar sebelum habis subuh. Ambil embunnya disapu pada muka dengan selawat dan niat. Lakukan tiga kali. Emudian dengan tangan kanan genggam dan hancurkan bunga tersebut selumat boleh, dan sapu rata pada muka. Jangan dibilas.
http://zaisbeautyformula.com/Petua/petua_kecantikan_muka.html
Petua Hilangkan Bau Ketiak
Dah macam-macam jenis deodorant dah korang guna. Bau ketiak totap
hanggit tak henggat mengalahkan bau kentut orang tak berak cirit pat
ploh pat hari tak leh nak berak. Bertenang, tarik nafas sempoi-sempoi
& hembus kuat-kuat. Harinie SM nak kongsi achaner nak hilangkan bau
badan tanpa memerlukan modal berhengget-hengget. Cara moden tak jalan,
cer try cara tradisional plak. Manalah tau, lepas ni harum semerbak
ketiak serta badan tu kan? Muehehehe =D
Bagi yang ada masalah seperti di atas, bolehlah try beberapa tips yang
dicedok sesuka hati daripada Opah yang tercinta lagi totap sayang
-menyanyang hingga ke anak cucu(Kipas habis, muehehehe). Antara tip-tip
beliau kasi tanpa mengenakan bayaran ialah:
Bunga cengkih yang dah matang.
1)Bunga Cengkih- Ambik secekak bunga
cengkih yang dah matang, pastu korang rendam dengan air panas sampai
kembang macam korang makan Meggi tu, lepas dah kembang tu jangan terus
sapu masa air tengah menggelegak tu, kang tak pasal-pasal menggelupur
tak henggat satu rumah kang. Tunggu air tu suam dulu, baru sapu kat area
yang bermasalah tu. Amalkan selalu insyaallah berkesan.
2)Halia- Jangan ingat halia nie boleh
masuk dalam kari je. Dalam kari orang letak halia ke?
Ahhh...ghasak!kehkehkeh. Cara nak guna halia untuk hilangkan bau badan
korang, ambik sechoet a.k.a sehiris halia, lepas tu tumbuk beliau sampai
lumat macam sambal belacan tu. Taruk air suam dalam gelas &
masukkan halia yamg korang hentak-hentak sampai lumat tadi kat dalam
gelas tu. Pastu minum. Kalau rasa macam nak kelainan, boleh mix dengan
air teh. Ikut selera anak tekak memasing laa ya. =D
3)Limau Nipis- Ambik air perahan limau
nipis dalam dua bijik camtu. Pastu korang campur dengan kapur sirih yang
opah-opah selalu mamam dengan buah pinang tu. hah, jangan ambik kapur
barus plak, kang ada yang kena baling dengan batang mop kang, kapur
barus tu orang nak mandi mayat ye murid-murid sekalian. Lepas dah gaul
semua benda alah tu, sapu kat ketiak sampai sebati dan biar selama 15
minit or lebih. Lepas tu bilas dengan air. buat seminggu 3 kali,
insyaallah mujarab. Kompom ketiak akan sesuci lebaran lepas bilas.
Muahahahaha
Daun beluntas
4)Daun Beluntas- Selalunya daun
beluntas nie orang lahap mentah-mentah buat ulam. Nak-nak kalau sentap
dengan sambal belacan, perghhh!!!kompom nasik akan ditambah sehingga nam
ploh nam kali! Daun beluntas ni susah sikit nak dapat. Kalau sesapa
yang ada daun jenis ni kat rumah, bolehlah torai buat. Mula-mula rebus
daun beluntas ni dalam pat belas helai camtu, mesti pat belas helai
kalau lebih takut tak jadi. Opah SM yang cakap, kalau tak jadi jugak
pergi sekeh beliau secara marathon ok. Jahanam punya cucu! kehkehkeh.
Lepas dah rebus tu, minum air rebusan tersebut. Simpan sikit untuk
disapu di ketiak ya. Kang tak pepasal kena bilang balik daun tu bagi
cukup pat belas helai nak kena rebus balik.Kalau tak kenal dengan daun
beluntas or berminat nak berkenalan dengan beliau, sila rujuk gambar
beliau di atas, number telefon dirahsiakan. Harap maaf. Muahahaha
5)Kunyit- Ambik dalam lima ke tujuh
ketul kunyit. Kisar dengan air kapur. lepas dah kisar korang lumur
seluruh kawasan bermasalah tersebut sambil nyanyi lagu can mali can kak
tipah payung sampai habis. pastu biar dalam setengah jam, lagi lama lagi
bagus. lepas dah kering & nampak merekah-rekah tu, baru bilas
dengan air. Untuk kesan berganda, campur halia tersebut dengan bedak
sejuk Cik Senah! Kehkehkeh =D
Ni jelah yang SM sempat pergi menuntut apa yang patut tentang Ilmu bau ketiak dengan opah SM. Sebenarnya banyak lagi cara dia. Nie baru suku nie, lepas ni kompom-kompom ketiak memasing seharum bunga yang menggoda, sekali dipandang usah dipuja... cam lagu Misha Omar tu. Muehehehehe =D
Sesapa yang ada masalah bau badan yang keterlaluan, sampai orang lalu kat tepipun boleh pengsan. Baik cuba beberapa tips kat atas ni. Kalau tetap bau tak henggat jugak, memang ketiak korang ada something rong laa tu. Baik pergi jumpa doktor pakar ketiak yang bertauliah kat Malaysia ni, kang tak pepasal makin parah lagi masalah bau badan tu..
http://santanmanis.blogspot.com/2012/12/tips-menghilangkan-bau-badan-aka-ketiak.html
Petua Hilangkan Parut
Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.
Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)
Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...
p/s : Semoga petua di atas dapat membantu rakan kita, Ida sedikit sebanyak.
Subscribe to:
Posts (Atom)