Petua Mencerah, Menghalus dan Melicinkan Kulit


1] Satu biji buah tomato masak dicampur 1 camca teh susu tepung. Lenyekkan dan perlahah lahan gosokkan pada muka dan leher. Lihat sahaja hasilnya. Lakukan 3-5 kali seminggu.

2] 1/2 genggam kacang hijau dicampur 1/2 genggam kacang dhal, rendam semalaman. Keesokan harinya dikisar bersama yogurt. Ratakan pada muka dan leher, tunggu kering dan bilas. Lakukan seberapa kerap yang boleh.

3] Sebiji timun dibuang kulitnya dikisar, tapiskan. Ambil airnya sapu pada kulit muka dan dibiarkan 20min. Bilas dengan air bersih.

4] 1 biji sengkuang dan 1 biji karot dikupas. Rendam segenggam beras untuk 3 malam. Kesemua bahan ini dikisar halus. Sapukan pada muka setiap hari untuk 20-30minit dan bilas.

5] Semasa tanak nasi dan apabila nasi hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi(cecair likat). Lumurkan pada muka dan leher sewaktu masih suam. Biarkan kering dan bilas.

6] 1 biji kentang, buang kulit dan campur dengan 1 biji kuning telur. Lumurkan pada muka dan bila kering terus bilas bersih dengan air suam.

http://zaisbeautyformula.com/Petua/petua_kecantikan_muka.html

Petua Menjadikan Wajah Bersih Berseri


Petua Cara 1 :

Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut

Petua Cara 2 :

Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas

http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/03/menjadikan-wajah-bersih-berseri.html

Petua Rawatan Mata

 

BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA

Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.

http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/04/petua-rawatan-mata.html

Petua Menghilangkan Jerawat


Suatu masa dulu saya pernah menghadapi masalah jerawat dan kulit berminyak yang agak teruk. Masalah ini mencacatkan penampilan saya yang sentiasa mahu kelihatan cantik dan berseri. Pelbagai produk telah saya cuba untuk mengurangkan masalah ini termasuklah produk mahal, murah, local, oversea. Namakan saja, segala-galanya telah saya cuba namun hasilnya - nothing!

Masalah ini terus membelenggu saya sehinggalah pada suatu hari saya terjumpa satu petua di dalam satu majalah (maaf, saya dah lupa nama majalah tersebut). Petua tersebut menyarankan supaya menggunakan kacang hijau untuk menghilangkan masalah jerawat ini. Caranya :

Kisarkan segenggam dua kacang hijau sehingga halus. Untuk mendapatkan tekstur yang halus dan gebu, kacang hijau yang dikisar itu perlu ditapis (guna penapis yang agak jarang). Serbuk kacang hijau ini digunakan dengan cara mencampurkannya dengan sedikit air dan kemudian sapukan ke seluruh bahagian muka sebelum mandi pada setiap hari. Ramuannya jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sedang-sedang ajer. Biarkan sehingga kering barulah dicuci. Saya menggunakan air biasa sahaja untuk mencuci ramuan ini. Tapi menurut makcik bidan di kampung saya, bahagian muka lebih baik jika dicuci dengan air suam-suam kuku yang telah dimasak terlebih dahulu. Amalkan petua ini sekali setiap hari. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di badan (yang biasanya terjadi di bahagian belakang badan). Cara penggunaannya adalah sama dengan cara di atas kecuali anda memerlukan suami atau ibu anda untuk menyapukanya!

Anda juga boleh menyapukan ramuan serbuk kacang hijau ini hanya pada bahagian yang berjerawat sahaja. Saya sering melakukan ini apabila tidak berkesempatan!

Sebelum bertemu dengan ramuan kacang hijau ini, saya tidak pernah percaya pada kecantikan menggunakan bahan semulajadi. Tetapi kini saya lebih yakin dengan bahan semulajadi berbanding produk-produk kecantikan yang melambak di luar sana. Mungkin juga kulit muka saya ini jenis "murahan" sahaja, sebab itulah tidak memerlukan "high maintenance!" :P

Apa kata anda mencubanya

http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/03/petua-menghilangkan-jerawat.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...