Petua Segarkan Urat Saraf Sengan Daun Serai

Image result for daun serai

Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran surat sarat anda boleh gunakan daun serai, daun pandan dan daun nangka yang direbus. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian selama tiga hari. Anda akan dapati bahan yang letih lesu itu akan sembuh dan akan bertenaga kembali.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0

Petua Rawat Sakit Tumit Kaki

Image result for tumit kaki sakit

Kebanyakan mereka yang sudah berusia, sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat. Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kualai menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0

Petua Elak Bisa Paku Berkarat

Image result for paku berkarat

Dapatkan nasihat doktor dahulu. Apabila kaki anda luka kerana terpijak paku yang berkarat, segera cari bawang putih yang berdaun. Buang kulitnya dan celupkan ia ke dalam minyak dan panaskan seketika di atas api yang sederhana besar. Kemudian segera tampalkan bawang putih itu pada bahagian yang luka tadi dan tukar bawang putih dua kali sehari. Ia dengan segera membuang bisa karat yang melekat dalam daging kaki anda. Jika keadaannya tidak pulih dan terus berbisa, segera jumpa doktor.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0

Petua Sembuhkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu

Image result for pucuk jambu

Jika anda ada masalah untuk menyembuhkan jerawat, gunakan cara tradisional untuk mengatasinya. Ambil beberapa helai pucuk jambu batu dan gilingkannya (atau ditumbuk) sehingga halus. Kemudian sapukannya pada bahagian yang ada jerawat. Pakailah selalu. Untuk menjadikan lebih mujarab, pakailah bersama-sama dengan bedak sejuk dan hasilnya tentu tidak mengecewakan.

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...