Petua Hilangkan Jerawat – Susu Tepung


Mula-mula,ambil susu tepung(kadar yg mahu),perahkan air perahan limau purut. campurkan sedikit madu ke dlm adunan tadi dan kacaukan ia hingga sebati. kemudian.. sapukan ke wajah (buat macam masker) dan tunggu ia sampai kering... selamat mencuba.

http://hjhgenius.blogspot.com/2010/01/petua-cantikbahagian-muka.html

Petua Mencerahkan Kulit Badan


Ini ada satu scrub asli yang boleh digunakan untuk mencerahkan kulit badan. Caranya :

Goreng beras tanpa minyak sehingga agak keperangan. Kemudian kisarkan ia sehingga halus. Pastikan ia benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti.

Campurkan beras yang dikisar tadi dengan sedikit air (ingat, sedikit sahaja). Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan mengering pada kulit, cukuplah sekadar dijadikan scrub.

Lakukan scrubbing ini 3 kali seminggu. Scrub beras ini bukan sahaja akan mencerahkan kulit badan anda, malahan ia akan menjadikan kulit anda lembut, berseri bak bayi
(chewahhh...)

http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/03/mencerahkan-kulit-badan.html

Petua Melebatkan Rambut

Lebatkan Rambut

Cara Lebatkan Rambut

Rambut yang lebat boleh menjadi aset kepada penampilan anda untuk nampak cantik dan segak. Oleh itu, bagi anda yang ingin dapatkan rambut yang lebat, di bawah ini di sediakan tips lebatkan rambut, antaranya ialah:

1- Untuk lebatkan rambut anda, anda perlu sentiasa basuh rambut anda supaya ia kekal lembap. Jangan basuh rambut anda dengan air panas. Sebaliknya basuh rambut anda dengan air sejuk.

2- Urut kulit kepala anda. Jangan hanya meraba–raba kepala anda. Sebaliknya urut seperti anda urut pada bahagian badan yang lain. Urutan pada bahagian kepala boleh menghasilkan rambut yang lebat dan kuat. Buktinya, ada kedai gunting rambut mamak dan salon mengurut kepala pelanggan mereka untuk lebatkan rambut.

3- Untuk lebatkan rambut, anda perlu makan banyak makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin D.

4- Makan banyak sayur–sayuran dan buah–buahan. Sayur dan buah mengandungi vitamin B6, zink dan magnesium di mana ia penting untuk memberi kekuatan kepada rambut anda. Rambut anda akan lebat apabila rambut anda kuat.

5- Amalkan senaman pada setiap hari atau tiga kali seminggu. Senaman akan kurangkan rasa tekanan dan melancarkan aliran darah di dalam badan. Rambut anda akan lebat apabila anda kurang tekanan atau stress. Aliran darah yang lancar juga membantu rambut anda untuk jadi sihat dan tumbuh lebat.

6- Tip-tip lebatkan rambut berikutnya adalah kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan banyakkan minum air kosong dan jus buah–buahan.

7- Gunakan produk kecantikan yang boleh lebatkan rambut anda.

8- Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Bahan kimia seperti yang kita tahu akan memberi kesan yang teruk kepada rambut anda.

http://hasnulhadiahmad.com/cara-melebatkan-rambut-yang-tumbuh-jarang-jarang/

Petua Mengekalkan Warna Pakaian

Hari ni nak share cara2 membasuh dan menjaga pakaian. Walaupun tak adalah pandai sangat, tapi aku agak cerewet tentang penjagaan pakaian. Seboleh-bolehnya, pakaian yang kita beli dijaga dengan baik agar tahan lama dan tak cepat menjadi lusuh. Tips ini juga amat penting kepada gadis2 bakal surirumah yang juga bakal menguruskan pakaian dalam rumahtangga. =D

1. JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA

Cukup sekadar di rendam selama 30 minit, bukan dua atau tiga hari. Detergen yang digunakan untuk merendam pakaian biasanya akan menyebabkan pakaian cepat rosak baik baju lelaki ataupun wanita.

2. PISAHKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA DAN JENISNYA

Pisahkan pakaian yang berwarna gelap (hitam, merah, biru, hijau) dengan yang berwarna cerah untuk mengelakkan warna pakaian yang gelap luntur dan melekat pada pakaian yang berwarna cerah. Pisahkan juga pakaian yang sangat kotor dengan yang tidak begitu kotor, kerana jika dicampur akan menyebabkan kotoran melekat kepada pakaian yang lain. Jenis pakaian juga harus dipisahkan antara pakaian luar dan pakaian dalam. Faham2 lah kenapa kena pisahkan ye..huhu


3. JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT

Fabrik pakaian akan rosak jika diberus terlalu kuat. Pakaian seperti tudung atau selendang pula, tak perlu diberus, sebaliknya cukup sekadar digosok dengan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut daripada pakaian lain.

4. JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA

Pakaian yang telah siap dibasuh, di'downy', dan ditoskan airnya, perlulah segera dijemur agar pakaian tidak menjadi busuk.

5. JANGAN PERAH PAKAIAN TERLALU KUAT

Memerah pakaian terlalu kuat akan membuatkan pakaian cepat rosak atau koyak. Pakaian dalam pula tidak perlu diperah, cukup sekadar dipicit-picit atau ditekan supaya airnya kering.

6. TERBALIKKAN PAKAIAN KETIKA DIJEMUR

Sinar matahari dapat mengakibatkan warna pakaian menjadi pudar dan lusuh. Oleh itu, terbalikkan dahulu pakaian sebelum dijemur agar bahagian luarnya tidak terkena cahaya matahari secara langsung.


featurepics.com

7. ELAKKAN MENJEMUR PAKAIAN DENGAN HANGER

Ketika menjemur, elakkan menggunakan penyangkut baju/hanger. Ini dapat mengelakkan bahagian leher baju menjadi melar kerana ketika pakaian dalam keadaan basah, air akan menarik bahagian leher ke bawah hingga melar.

8. HINDARI PELUNTUR

Kebiasaanya, peluntur mempunyai kandungan kimia yang sangat kuat sehingga boleh menyebabkan warna fabrik meluntur dan melusuh.

9. HINDARI MENCUCI DENGAN MESIN BASUH

Pakaian yang berfabrik lembut derta berperincian deperti manik, labuci dan sebagainya, sebaiknya dicuci dengan tangan bagi mengelakkannya menjadi rosak. Mesin basuh akan membuatkan pakaian menjadi cepat rosak kerana pakaian akan dibasuh secara memutar dan dikeringkan dengan cara menarik pakaian dengan kuat.

10. SETERIKA

Pakaian akan sentiasa nampak seperti baru sekiranya diseterika terus selepas dicuci dan dijemur. Pastikan juga pakaian diseterika semasa keadaanya betul-betul kering.

11. JANGAN PAKAI SELAIN PAKAIAN TIDUR SEMASA TIDUR

Pakai baju tidur sahaja semasa tidur untuk mengelakkan peluh yang keluar ketika tidur melekat pada pakaian dan membuatkannya cepat kotor terutamanya di bahagian leher.

http://alyasyaqiera.blogspot.com/2012/03/cara-cara-menjaga-pakaian.html

Petua Memutih & Menguatkan Gigi – Halia

Gigi Putih Memutihkan Gigi Dengan Halia 

TUMBUK sepotong halia dan satu sudu garam kasar sehingga lumat. Gunakan air ini untuk berkumur selepas menggosok gigi sebelum tidur. Insya-Alah, anda bukan sahaja mendapat gigi yang putih dan kuat, bahkan mulut juga akan berbau harum….

http://www.deamira.com/2011/02/memutihkan-gigi-dengan-halia/

Petua Masker Wajah untuk Kulit Berminyak

 

Dengan kandungan Vitamin C yang tinggi, lemon dapat membuat kulit jadi cerah, menghilangkan bekas jerawat & sesuai untuk kulit berminyak. Cara membuat masker dari lemon adalah dengan memerahnya, kemudian dicapur madu, lalu disapukan ke wajah dan leher. Untuk hasil yang maksimum, minum air lemon hangat yang ditambah madu untuk membersihkan kulit dari dalam.

Petua Hitamkan Rambut Beruban Dengan Daun Kari

 

Orang India menggunakan daun kari untuk menjaga keindahan rambut mereka. Sebab itu bila kita lihat rambut masyarakat India tumbuh dengan sihat dan hitam bersinar. Gosokkan rambut dengan beberapa helaian daun kari dan campurkan sedikit dengan air suam lalu sapukan daun itu ke rambut anda akan dapat hasilnya yang memuaskan. Selamat mencuba!

http://www.hmetro.com.my/articles/Memutihsebelumwaktu/Article/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...