Petua Hilangkan Bintik Hitam – Telur




                                                        gambar sekadar hiasan 






Jom kita hilangkan bintik-bintik hitam disekitar muka kita dengan hanya menggunakan putih telur dan kapas .Puteri bongsu saya selalu buat cara ini,dia kata prefer buat cara ini daripada buat kat saloon katanya sakit bila muka dia kene picit time nak buang bintik-bintik hitam tu.huuu.. Cara ini mudah sangat, tidak menggunakan perbelanjaan yang besar..hehe. ala hanya menggunakan putih telur dan kapas. senangkan.. semua dah ada kat rumah dah kan..cubalah nanti.;)

bahan-bahan
1 Biji telur(ambil putih telur shj)
Kapas

- pecahkan telur hanya ambil putih telur sahaja,ketepikan kuning telur.Kemudian basahkan kapas baru tadi,satu per satu..*sebelum basahkan kapas tu korang nipiskan lah kapas tu supaya senang nak kering bila lekat kat muka nanti* lekat pada kedua belah pipi, dahi, dagu,dan hidung.*bahagian hidung tu kapas kasi potong skit ikut bentuk hidung ke ;)* Lepas lekat semua ok siap untuk tido,biarkan sampai kering dan kapas tu jadi keras..*selalunya  dilakukan sebelum tido,sebab senang,bangun pagi terus tarik je kapas keras tu*. .pastu cuci muka korang dengan pencuci muka,dan sapu toner..
korang akan terasa muka korang halus je..;-)
 
http://lillyemeyshyarose.blogspot.com/2010/11/cara-mudah-menghilangkan-bintik-bintik.html

Urutan Wajah Petua Awet Muda

Luangkan hanya 4 minit untuk melakukan kaedah urutan wajah. Cuba ingat setiap langkah berikut dan jadikan ia sebagai harian anda. Gunakan sentuhan yang  ringan serta lembut hanya menggunakan bahagian jari. Buat dalam gerakan ke atas dan seterusnya di bawa ke bawah luar wajah.

Langkah  Pertama Urutan Wajah
formulakecantikan.com urutan wajah 1 11 Teknik Urutan Wajah | Formula Kecantikan

Gunakan bahagian belakang tangan, kenakan tekanan yang lembut terhadap kulit serta sekitar rahang di bawah dagu untuk merangsang sel kulit sekitar bahagian berkenaan. Tukar tangan, dongak leher dan urut seluruh bahagian bawah leher merangkumi telinga kanan ke kiri.

Langkah  Kedua Urutan Wajah
formulakecantikan.com urutan 2 11 Teknik Urutan Wajah | Formula Kecantikan

Ambil jari telunjuk dan jari hantu, tekan perlahan pada bahagian rahang dalam pergerakan sekata bermula dari dagu hingga ke telinga.


Langkah  Ketiga Urutan Wajah
formulakecantikan.com urutan 3 11 Teknik Urutan Wajah | Formula Kecantikan

Susun jari kedua-dua belah tangan secara menegak, tunjukan ke tengah dahi dengan kedudukan ibu jari berada di rahang. Rapatkan tangan secara perlahan-lahan. Kekalkan kedudukan selama tiga hingga empat saat dan ulang.

Langkah  Keempat Urutan Wajah
formulakecantikan.com urutan 4 11 Teknik Urutan Wajah | Formula Kecantikan

Kenekan tekanan secara ringan dengan meletakkan kedua belah tapak tangan di bawah dagu. Pastikan jari telunjuk berada di depan telinga. Tekan perlahan dan biar selama tiga hingga empat saat dan ulang.

Langkah  Kelima Urutan Wajah
formulakecantikan.com urutan 5 11 Teknik Urutan Wajah | Formula Kecantikan
Genggam jari dan tekan lembut ke bawah dagu manakala ibu jari menekan lembut menghala ke atas pada sekitar mulut, di bawah hidung, sekitar lubang hidung serta kelopak hidung. Urutan ini dapat membantu memperbaiki peredaran darah dan menyingkirkan toksin.
formulakecantikan.com urutan 51 11 Teknik Urutan Wajah | Formula Kecantikan
Langkah  Keenam Urutan Wajah
urutan wajah 6 11 Teknik Urutan Wajah | Formula Kecantikan

Gunakan hujung jari, tekan sepanjang tulang bahagian atas tulang pipi dan urut dalam gerakan ke atas untuk penyingkiran toksin.


Langkah  Ketujuh Urutan Wajah
urutan wajah 7 11 Teknik Urutan Wajah | Formula Kecantikan

Ambil jari hantu dan jari manis, tekan perlahan selama lima saat bermula di bahagian atas batang hidung bawa sehingga hujung kening ( pelipis).

Langkah  Kelapan Urutan Wajah
urutan wajah 8 11 Teknik Urutan Wajah | Formula Kecantikan
Gunakan jari manis dan picit menggunakan kadar tekanan yang perlahan pada bahagian bawah mata. Tarik menghala ke bahagian kelopak mata ( pejamkan mata)



Langkah  Kesembilan Urutan Wajah
urutan wajah 9 11 Teknik Urutan Wajah | Formula Kecantikan

Bawa kedua telapak tangan dan letak di bahagian antara kening dan anak rambut. Usap bahagian berkenaan dengan lembut dan perlahan. Urutan pada bahagian berkenaan dapat mengurangkan kehadiran garis halus pada wajah.

Langkah  Kesepuluh Urutan Wajah
urutan wajah 10 11 Teknik Urutan Wajah | Formula Kecantikan

Tutup mata, rapatkan tapak tangan ke muka. Kedap wajah dengan perlahan sehingga wajah dapat merasai kesan tarikan. Tekan wajah perlahan, biarkan untuk beberapa saat dan ulang

Langkah  terakhir Urutan Wajah
urutan wajah 11 11 Teknik Urutan Wajah | Formula Kecantikan

Akhir sekali, gunakan telapak tangan serta jari dan tekan menggunakan tangan kanan ke seluruh bahagian sisi leher sebelah kiri. Lakukan pada pangkal leher hingga rahang. Ulang gerakan  yang sama menggunakan tangan kiri.

http://www.formulakecantikan.com/kecantikan/urutan-wajah/

Petua Hilangkan Jerawat – Susu Tepung


Mula-mula,ambil susu tepung(kadar yg mahu),perahkan air perahan limau purut. campurkan sedikit madu ke dlm adunan tadi dan kacaukan ia hingga sebati. kemudian.. sapukan ke wajah (buat macam masker) dan tunggu ia sampai kering... selamat mencuba.

http://hjhgenius.blogspot.com/2010/01/petua-cantikbahagian-muka.html

Petua Mencerahkan Kulit Badan


Ini ada satu scrub asli yang boleh digunakan untuk mencerahkan kulit badan. Caranya :

Goreng beras tanpa minyak sehingga agak keperangan. Kemudian kisarkan ia sehingga halus. Pastikan ia benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti.

Campurkan beras yang dikisar tadi dengan sedikit air (ingat, sedikit sahaja). Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan mengering pada kulit, cukuplah sekadar dijadikan scrub.

Lakukan scrubbing ini 3 kali seminggu. Scrub beras ini bukan sahaja akan mencerahkan kulit badan anda, malahan ia akan menjadikan kulit anda lembut, berseri bak bayi
(chewahhh...)

http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/03/mencerahkan-kulit-badan.html

Petua Melebatkan Rambut

Lebatkan Rambut

Cara Lebatkan Rambut

Rambut yang lebat boleh menjadi aset kepada penampilan anda untuk nampak cantik dan segak. Oleh itu, bagi anda yang ingin dapatkan rambut yang lebat, di bawah ini di sediakan tips lebatkan rambut, antaranya ialah:

1- Untuk lebatkan rambut anda, anda perlu sentiasa basuh rambut anda supaya ia kekal lembap. Jangan basuh rambut anda dengan air panas. Sebaliknya basuh rambut anda dengan air sejuk.

2- Urut kulit kepala anda. Jangan hanya meraba–raba kepala anda. Sebaliknya urut seperti anda urut pada bahagian badan yang lain. Urutan pada bahagian kepala boleh menghasilkan rambut yang lebat dan kuat. Buktinya, ada kedai gunting rambut mamak dan salon mengurut kepala pelanggan mereka untuk lebatkan rambut.

3- Untuk lebatkan rambut, anda perlu makan banyak makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin D.

4- Makan banyak sayur–sayuran dan buah–buahan. Sayur dan buah mengandungi vitamin B6, zink dan magnesium di mana ia penting untuk memberi kekuatan kepada rambut anda. Rambut anda akan lebat apabila rambut anda kuat.

5- Amalkan senaman pada setiap hari atau tiga kali seminggu. Senaman akan kurangkan rasa tekanan dan melancarkan aliran darah di dalam badan. Rambut anda akan lebat apabila anda kurang tekanan atau stress. Aliran darah yang lancar juga membantu rambut anda untuk jadi sihat dan tumbuh lebat.

6- Tip-tip lebatkan rambut berikutnya adalah kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan banyakkan minum air kosong dan jus buah–buahan.

7- Gunakan produk kecantikan yang boleh lebatkan rambut anda.

8- Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Bahan kimia seperti yang kita tahu akan memberi kesan yang teruk kepada rambut anda.

http://hasnulhadiahmad.com/cara-melebatkan-rambut-yang-tumbuh-jarang-jarang/

Petua Mengekalkan Warna Pakaian

Hari ni nak share cara2 membasuh dan menjaga pakaian. Walaupun tak adalah pandai sangat, tapi aku agak cerewet tentang penjagaan pakaian. Seboleh-bolehnya, pakaian yang kita beli dijaga dengan baik agar tahan lama dan tak cepat menjadi lusuh. Tips ini juga amat penting kepada gadis2 bakal surirumah yang juga bakal menguruskan pakaian dalam rumahtangga. =D

1. JANGAN RENDAM PAKAIAN TERLALU LAMA

Cukup sekadar di rendam selama 30 minit, bukan dua atau tiga hari. Detergen yang digunakan untuk merendam pakaian biasanya akan menyebabkan pakaian cepat rosak baik baju lelaki ataupun wanita.

2. PISAHKAN PAKAIAN MENGIKUT WARNA DAN JENISNYA

Pisahkan pakaian yang berwarna gelap (hitam, merah, biru, hijau) dengan yang berwarna cerah untuk mengelakkan warna pakaian yang gelap luntur dan melekat pada pakaian yang berwarna cerah. Pisahkan juga pakaian yang sangat kotor dengan yang tidak begitu kotor, kerana jika dicampur akan menyebabkan kotoran melekat kepada pakaian yang lain. Jenis pakaian juga harus dipisahkan antara pakaian luar dan pakaian dalam. Faham2 lah kenapa kena pisahkan ye..huhu


3. JANGAN SENTAL PAKAIAN DENGAN BERUS TERLALU KUAT

Fabrik pakaian akan rosak jika diberus terlalu kuat. Pakaian seperti tudung atau selendang pula, tak perlu diberus, sebaliknya cukup sekadar digosok dengan tangan kerana jenis fabriknya yang jauh lebih lembut daripada pakaian lain.

4. JEMUR PAKAIAN BASAH DENGAN SEGERA

Pakaian yang telah siap dibasuh, di'downy', dan ditoskan airnya, perlulah segera dijemur agar pakaian tidak menjadi busuk.

5. JANGAN PERAH PAKAIAN TERLALU KUAT

Memerah pakaian terlalu kuat akan membuatkan pakaian cepat rosak atau koyak. Pakaian dalam pula tidak perlu diperah, cukup sekadar dipicit-picit atau ditekan supaya airnya kering.

6. TERBALIKKAN PAKAIAN KETIKA DIJEMUR

Sinar matahari dapat mengakibatkan warna pakaian menjadi pudar dan lusuh. Oleh itu, terbalikkan dahulu pakaian sebelum dijemur agar bahagian luarnya tidak terkena cahaya matahari secara langsung.


featurepics.com

7. ELAKKAN MENJEMUR PAKAIAN DENGAN HANGER

Ketika menjemur, elakkan menggunakan penyangkut baju/hanger. Ini dapat mengelakkan bahagian leher baju menjadi melar kerana ketika pakaian dalam keadaan basah, air akan menarik bahagian leher ke bawah hingga melar.

8. HINDARI PELUNTUR

Kebiasaanya, peluntur mempunyai kandungan kimia yang sangat kuat sehingga boleh menyebabkan warna fabrik meluntur dan melusuh.

9. HINDARI MENCUCI DENGAN MESIN BASUH

Pakaian yang berfabrik lembut derta berperincian deperti manik, labuci dan sebagainya, sebaiknya dicuci dengan tangan bagi mengelakkannya menjadi rosak. Mesin basuh akan membuatkan pakaian menjadi cepat rosak kerana pakaian akan dibasuh secara memutar dan dikeringkan dengan cara menarik pakaian dengan kuat.

10. SETERIKA

Pakaian akan sentiasa nampak seperti baru sekiranya diseterika terus selepas dicuci dan dijemur. Pastikan juga pakaian diseterika semasa keadaanya betul-betul kering.

11. JANGAN PAKAI SELAIN PAKAIAN TIDUR SEMASA TIDUR

Pakai baju tidur sahaja semasa tidur untuk mengelakkan peluh yang keluar ketika tidur melekat pada pakaian dan membuatkannya cepat kotor terutamanya di bahagian leher.

http://alyasyaqiera.blogspot.com/2012/03/cara-cara-menjaga-pakaian.html

Petua Memutih & Menguatkan Gigi – Halia

Gigi Putih Memutihkan Gigi Dengan Halia 

TUMBUK sepotong halia dan satu sudu garam kasar sehingga lumat. Gunakan air ini untuk berkumur selepas menggosok gigi sebelum tidur. Insya-Alah, anda bukan sahaja mendapat gigi yang putih dan kuat, bahkan mulut juga akan berbau harum….

http://www.deamira.com/2011/02/memutihkan-gigi-dengan-halia/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...