Wanita Sihat dari Segi Luaran dan Dalaman


WANITA apabila semakin berumur, mereka mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit yang menyebabkan kesihatan dan produktiviti hidup terjejas.

Demikian, untuk sentiasa sihat dari segi luaran dan dalaman mereka bukan hanya tertumpu kepada suatu elemen kesihatan sahaja.

Penjagaan jantung, hati ,sendi dan kulit adalah antara tunjang utama kesihatan yang harus diberikan tumpuan dan penjagaan yang rapi.

Presiden Persatuan Nursejahtera Malaysia, Dr. Rajbans Singh, berkata, kebanyakan wanita selepas berkahwin, mereka akan mengabaikan kesihatan diri kerana sibuk dengan tanggungjawab dan aktiviti harian.

?Apabila umur mula mencapai 30 hingga 40 tahun, hormon akan turut berkurang seiring usia mereka yang sebenar.

?Berdasarkan kajian, penyakit jantung masih berada di tahap pertama yang melanda golongan wanita. Kemudian ia diikuti dengan penyakit sendi yang bermula apabila umur mereka menjangkau 45 hingga 50 tahun,” katanya.

Menurut beliau, kulit pada bahagian badan juga memainkan peranan penting kepada wanita supaya kekal sihat dan cantik.

?Permukaan kulit badan merupakan petunjuk apa yang terjadi pada organ dalaman badan. Jika kulit sihat dan cantik, kesihatan dalaman juga turut sihat.

?Sementara itu, hati adalah antara organ dalaman yang penting untuk keseluruhan badan. Apabila hati mengalami masalah dan tidak dapat mengeluarkan toksin dalam badan, ia turut menjejaskan kesihatan kulit,” katanya.

Dr. Rajbans berkata, kebanyakan wanita tidak faham tentang penjagaan kesihatan diri yang sebenar.

?Sebahagiannya gemar berkunjung ke spa dan pusat rawatan kecantikan tanpa mengetahui bahawa apabila kesihatan dalaman tidak baik ia mempengaruhi penampilan luaran mereka.

?Menjadi tanggungjawab seorang wanita untuk menjaga kesemua empat organ dalam badan tersebut supaya mereka terhindar dari penyakit berbahaya dan kekal sihat,” ujar Dr. Rajbans.

Menurut beliau, kebanyakan wanita yang mendapat penyakit ini adalah disebabkan corak hidup yang semakin berubah dan juga corak pemakanan seharian yang tidak seimbang.

?Untuk mendapat kulit yang cantik dan sihat, seeloknya mengambil pelbagai jenis sayuran segar dalam kuantiti lima hingga enam mangkuk dalam sehari.

?Mikronutrien dalam badan akan berkurang jika tidak mendapat secukupnya nutrien yang dihasilkan dari sayur-sayuran dan buah-buahan,” jelasnya.

Dr. Rajbans berkata, faktor lain yang mempengaruhi peningkatan penyakit ini adalah kurangnya melakukan senaman.

?Senaman yang dilakukan secara konsisten dapat membantu menguatkan sistem perjalanan darah dalam jantung selain membaiki sistem imunisasi dalam badan.

?Selain itu, tekanan akibat kerja dan pengurusan harian juga menyebabkan mereka hidup dalam keadaan tidak sihat dan mendapat penyakit yang berbahaya,” jelas Dr. Rajbans.

Pengurus Urusan dan Latihan Mega Lifesciences Malaysia, Mary Chua berkata, seiring membantu wanita di luar sana mencegah penyakit yang berbahaya, yoga antara senaman yang boleh membantu mereka sihat dan kekal bertenaga.

?Senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Ia melibatkan pergerakan perlahan yang terkawal yang melatih seluruh anggota tubuh kekal bertenaga.

?Senaman yoga juga membantu mengelakkan kesakitan yang biasanya timbul di bahagian bahu, leher, pinggang dan belakang yang disebabkan oleh kesan tegangan dan mampatan ke atas tulang belakang,” kata Mary.

Menurut beliau lagi, yoga juga memberikan fokus dan memupuk kesedaran ke atas tubuh, postur dan pernafasan yang diamalkan.

?Yoga sangat menenangkan dan dapat membantu menghilangkan tekanan yang dialami akibat persekitaran, pekerjaan dan permasalahan harian yang lain,” katanya.

http://n9kini.net/?p=9752

Petua Mengelakkan Muka Sembab dan Menjadikan Wajah Berseri



Ada beberapa petua yagn boleh saya kongsikan disini. Cubalah yang mana satu  lebih mujarab untuk anda.

1] 1 biji putih telur, 1/4camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, sebiji limau nipis(perah dan ambil airnya) 5 kuntum bunga melor sedang mekar, dan 5 biji badam(kupas kulitnya). Kesemua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang mampu.

2] Beras 1/2kg, 3 biji limau nipis (ambil airnya). Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam.
Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan (filter) secukup rasa (pekatan macam tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan lahan sehinggga kering dan kemudian bilas.

3] Air kelapa muda 1/2 gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung dan minum pada waktu tengahhari. Amalkan 3 hingga 5 kali seminggu.

http://zaisbeautyformula.com/Petua/petua_kecantikan_muka.html

Petua Untuk Menghilangkan Kedut, Menegangkan Wajah

1) Ambil sebiji timun dan hancurkannya denagn tepung ubi dengan yang secukupnya sehingga sebati (jangan terlau cair). Selepas itu bolehlah disapu di muka dan biarkan ia kering. Basuhlah seperti biasa selepas itu dengan air bersih. Ini akan menegangkan kulit muka dan menjadikannya segar sentiasa. InsyaAllah.

2) Titikkan beberapa air limau nipis ke dalam bedak sejuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Muka anda berasa pedih sedikit ketika meletakkannya. Cuba amalkan petua ini dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

http://petuo.blogspot.com/2013/09/petua-petua-tradisional-menegangkan.html

Petua Memutihkan Kulit Muka Dengan Kopi

Setiap hari, anda terdedah dengan asap, debu, habuk dan sinaran matahari. Keadaan ini memang tak dapat dielakkan. Sekiranya diabaikan, ia membuatkan kulit menjadi kusam dan kurang bermaya. Terutamanya kulit muka. Anda pasti menyedarinya bila membelek muka di depan cermin.

Risau?? Tentulah risau, kan?

Justeru, kalau anda ingin mengekalkan kulit muka yang putih serta cerah, apakata rawat muka dengan serbuk kopi. Ini kerana serbuk kopi mampu mengembalikan kecerahan kulit anda.

Kalau nak memutihkan satu badan pun boleh amalkan petua memutihkan kulit yang bakal anda ketahui sebentar saja lagi. :-)  


serbuk kopi
Serbuk kopi


Untuk makluman anda, serbuk akan menghasilkan minyak anti-oksidan. Ia berfungsi menghaluskan serta mencerahkan kulit anda.


Jadi, usah tunggu lagi! Sediakan bahan-bahan yang diperlukan;

~ 1/2 kg biji kopi

~ Sedikit minyak zaitun

~ Sedikit tepung sengkuang


Caranya;

1. Tumbuk biji kopi sampai halus.

2. Campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang mengikut kadar yang secukupnya.

3. Kacau kesemua bahan hingga rata.

4. Kemudian, sapukannya pada muka serta seluruh anggota badan anda.

5. Sambil menyapu, gosokkan secara lembut campuran tadi pada tubuh anda.

6. Seterusnya, biarkan ia selama 1 jam. Tujuannya supaya minyak dalam kopi tadi menyerap ke dalam tubuh anda dengan sempurna.

7. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air yang dicampurkan dengan sedikit garam. Lepas tu anda bolehlah mandi seperti biasa.


Petua ini boleh diamalkan seminggu sekali. Selamat Mencuba!

Petua Memutihkan Ketiak Hitam – Limau Nipis & Kapur


Bagi para isteri terutamanya tentu mahu kelihatan terbaik untuk suami masing-masing. Pasti ada di antara mereka yang mencari cara terbaik untuk membersihkan bulu ketiak dan memutihkan ketiak yang hitam.

Salah satu Tips/Petuacara memutihkan ketiak yang hitam adalah dengan menggunakan limau nipis dan kapur sirih. Caranya ialah dengan memerahkan sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.

Manakala itu untuk membersihkan bulu ketiak, campurkan setengah camca teh kapur dengan sebiji limau nipis. Lumurkan campuran tadi pada ketiak selepas mandi setiap malam. Lakukannya selama seminggu.

Petua Hilangkan Jerawat – Kulit Kayu Manis


Petua hilangkan bintik hitam dan jerawat – Ambil kayu manis dan celup dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti buntut pasu. Sapukan kayu manis yang sudah dikikis pada bintik hitam dan jerawat.
Amalkan selaku. Jerawat dan bintik hitam akan beransur hilang.

http://majalahjelita.my/petua-hilangkan-bintik-hitam-jerawat/

Petua Menaikkan Seri Wajah Selepas Bersalin



Ibu-ibu selepas melahirkan anak biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk menaikkan kembali seri wajah, cubalah mana-mana petua di bawah.

Petua 1:
Ambil beberapa tangkai daun inai, besihkan dan rebus. Minum airnya tiga kali seminggu. Seelok-eloknya pada waktu pagi dan malam.

Petua 2:
Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar separuh halus. Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan parut atau kisar. Satukan beras kisar dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan kering sendiri. Amalkan selama
tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.

Petua 3:
Ambil segenggam daun inai dan tumbuk hingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil seperti kepala mancis dan masukkan ke dalam peti sejuk. Bila sejuk, makanlah sebiji sehari selepas sarapan.Amalkan sehingga nampak keberkesanannya. 
 
http://yoyoyspa.blogspot.com/2012/07/petua-menaikkan-seri-wajah-selepas.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...