Petua Putihkan Gigi Yang Kuning



Petua Putihkan Gigi Yang Kuning

Gigi kuning yang di sebabkan merokok, faktor makanan dan minuman, memang warna gigi asli dan juga faktor usia boleh diputihkan dengan petua yang mudah untuk diamalkan.

1. Arang Kayu
Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak digalakkan mencuba cara ini.
2. Lemon dan Garam
Anda boleh mendapatkan gigi putih bersinar dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Aplikasikan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.
Lemon fruit 30839660 640 480 Petua Putihkan Gigi Yang Kuning
3. Kulit Limau
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.
4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.
http://fuh.my/petua-putihkan-gigi-yang-kuning/

Cara Hilangkan Daki Di Leher





Ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oath yang dikisar halus dan setengah cawan tairu.  Gunakan tairu masam kerana ia merupakan agen pencerahan kuli semulajadi. Campurkan bahan-bahan ini menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Kemudian gosok leher menggunakan kain yang agak kasar dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali secara konsisten.



Petua Menghilangkan Dagu Berlapis


Dagu berlapis bukan saja terbentuk daripada kesan makan berlebihan. Banyak faktor lain yang membantu, menyumbang atau menyebabkan ianya terjadi termasuk cara duduk dan berjalan yang tidak betul.

1. Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.


2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.

3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.

4. Lakukan senaman dagu dan leher bila-bila ada waktu yangg terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv , atau ketika di pejabat.

PANDUAN UNTUK WANITA

1. Pastikan anda menyertakan bahagian dagu dan leher setiap kali membersih, menyegar dan melembap.

2. Solekan juga perlu terselaras ke leher dan bahagian bawah dagu. Pastikan bedak alas disapukan rata hingga ke bahagian ini.

3. Jangan sapukan bedak alas di bahagian leher dengan menggunakan teknik dari atas ke bawah. Gunakan pergerakan dari bawah ke atas.

4. Dagu adalah antara bahagian muka yang paling berminyak dan banyak terdapat pundi minyak di situ. Masalah minyak terkumpul di bahagian dagu adalah perkara biasa. Pastikan ia dibersihkan dan dijaga dengan betul.

SENAMAN DAGU

1. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 40 kali.

2. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yg boleh. Ulangi sebanyak 10 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.

3. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 10 kali.

1. Buat senaman muka - a e i o u setiap pagi/ptg/mlm 40 kali semasa mengadap cermin untuk mencantikkan bentuk muka

ATAU

2. Tepuk dagu menggunakan belakang tangan - setiap pagi/ptg/malam 40 kali semasa mengadap cermin, untuk mengurangkan dagu berlapis

ATAU

3. Berteleku di bibir katil, topangkan telapak tangan untuk menampung dagu, setiap kali bangun pagi selama 10 minit, siku di atas lutut – untuk mengurangkan dagu berlapis.

ATAU

4. Berteleku di bibir katil, tundukkan kepala dan tampung muka dengan telapak tangan (penuhkan muka dengan telapak tangan), siku di atas lutut, 10 minit untuk mengurangkan muka sembab dan menaikkan tulang pipi.

Petua Untuk Mencantikkan Bibir


Tanpa gincu pun bibir anda boleh kelihatan cantik. Caranya dengan menumbuk halus segenggam daun inai. Campurkan ia dengan sedikit serbuk gambir dan gaul bersama. Kemudian, sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 minit. Amalkan selalu supaya bibir cantik dan bermaya.

Petua Menghitamkan Rambut Dengan Teh

Rambut yang hitam, berkilat serta lembut tentu sekali menjadikan kepala anda lebih selesa. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan warna dan tekstur rambut sebegitu? Sedangkan setiap hari anda terdedah kepada terik matahari, habuk dan pelbagai faktor lain. Tu yang payah sikit.



Gambar hiasan - © Andresr | Dreamstime.com



Kalau itulah masalah anda, apa kata cuba satu petua menghitamkan rambut di bawah. Cuma, jika anda penggemar teh lagi la mudah. Sebab lepas anda minum teh, usahlah dibuang dulu serbuknya. Ataupun kalau masih ada baki air teh "o" semalam, pun boleh gak. Banyak kegunaan serbuk teh nie tau. :)


Langkah yang perlu anda lakukan adalah;

1. Tuangkan sedikit air pada serbuk@uncang teh tersebut. Biarkan ia kembang seketika.

Kalau anda masih ada menyimpan baki air teh "o" semalam, abaikan langkah ni.

2. Kemudian sapukan air teh "o" tu kat keseluruhan rambut anda pada setiap pagi. Atau dalam bahasa mudahnya, basahkan rambut anda dengan air teh "o", ok.

3. Biarkan seketika sebelum anda mencucinya sampai bersih.

4. Kalau nak senang, buat petua ni sebelum anda mandi pagi.


Kalau boleh, amalkan langkah di atas setiap hari sampai anda mendapat hasilnya. Setelah berhasil, barulah anda menjarakkan masa membuatnya seperti selang beberapa hari sekali. Ataupun seminggu sekali. Ikutlah kemampuan dan tahap kerajinan anda.

Selain boleh menghitamkan rambut, ia juga boleh melambatkan tumbuh uban. :)


http://petuasejagat.blogspot.com/2009/05/petua-menghitamkan-rambut-dengan-teh.html

Tip Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Tip Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Pakai tudung kebiasaannya sinonim dikaitkan dengan rambut mudah berbau memandangkan ia terperap di bawah tudung. Tidak terdedah kepada udara dan matahari menyebabkan rambut itu cepat busuk.

Tapi itu semua hanya satu permasalahan kepada mereka yang langsung tidak menjaganya. Sebaliknya gadis dan golongan wanita yang bertudung kini sudah bijak menjaga rambut walaupun ia tersembunyi di bawah tudung yang dipakai.



Wanita Bertudung



Antara cara penjagaan termasuk rambut haruslah dicuci secara teratur iaitu dicuci selang dua atau tiga kali sehari. Syampu yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan jenis rambut anda.

Selepas rambut dicuci, pastikan rambut anda dikeringkan dulu sebelum anda memakai tudung. Pemakaian tudung ketika rambut masih dalam keadaan basah akan menyebabkan rambut gagal bernafas dengan baik dan juga ia boleh mengakibatkan sakit kepala.

Memakai tudung menyebabkan rambut tertutup dan menimbulkan bau yang tidak enak kerana faktor kelembapannya. Oleh itu rawat rambut anda dengan ramuan rempah ratus sebulan sekali agar ia dapat mengekalkan keharuman rambut anda.

Pemilihan tudung daripada material kapas adalah sangat disarankan kerana ia mampu memberi pengaliran udara yang baik agar kulit kepala dapat bernafas dengan baik. Hendaklah juga sentiasa memastikan tudung sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Elakkan memakai tudung yang berlapis-lapis ketika sedang beriadah kerana semakin tebal tudung yang dipakai semakin sukar kulit kepala untuk bernafas.

http://anizyn.blogspot.com/2014/01/tip-penjagaan-rambut-wanita-bertudung.html

Panduan Penjagaan Bibir



Panduan penjagaan bibir


  • Sapukan salap bibir mengandungi pelindung matahari sebelum memakai gincu atau gincu mengandungi SPF ketika melakukan aktiviti di luar rumah. Penjagaan yang baik dan sering diberi rawatan, kulit bibir berwarna kemerahan, lebih lembut, dan lembap. Kesannya, bibir akan lebih sihat, menarik dan seksi serta berwarna merah jambu serta semulajadi.

  • Sebelum tidur sapukan madu lebah pada bibir untuk mendapatkan bibir yang kemerah-merahan dan kekal lembap sepanjang hari.

  • Elakkan menggit, menjilat dan menyapu dengan lidah kerana ini hanya akan membuatkan bibir kering.

  • Hanya dengan sapuan pengilat bibir, bibir sudah tampak cantik menawan. Sekiranya anda berasakan bentuk bibir kurang sempurna, jangan berasa rendah diri.

  • Untuk mendapatkan bibir yang seksi, bukanlah sesukar mana, hanya teknik solekan yang perlu dipelajari dan warna gincu yang tepat. Walaupun hasilnya sementara, ia pasti memuaskan hati dan memukau mata yang memandang.  
http://blogr.my/fr/16739/cara-hilangkan-daki-di-leher.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...