Mungkin tidak sesiapa pun menyangka, kunyit
muda boleh menaikkan seri wajah seseorang. Unutk mencubanya, dapatkan
kunyit muda yang segar, bersih dan potongkan nipis. Jadikan ia ulam
sewaktu anda makan nasi. Sekiranya tidak biasa dengan baunya yang
mentah, anda boleh mengambil ulam lain sebagai sampingan. Jika anda
rajin mengamalkannya, wajah pasti akan berseri dan menawan.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Inai bukan saja boleh digunakan untuk
memerahkan jari dan rambut tetapi ada juga banyak kegunaannya. Untuk
mendapatkan wajah yang cantik berseri membuatkan orang tidak jemu
memandang gunakanlah khasiat inai. Sesungguhnya wajah jelita harus
dimiliki oleh setiap orang terutamanya wanita. Caranya mudah saja.
Dapatkan segengam daun inai yang agak tua dan rebus kira-kira tiga cawan
air. Minumlah air rebusan ini sebanyak tiga kali seminggu. Insya-Allah
wajah anda berseri.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Muka akan tampak berminyak terutamanya selepas
bangun daripada tidur. Sebenarnya, itulah masa sesuai untuk mengurut
wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan. Mula letakkan
kedua-duanya di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke
hidung seterusnya ke bahagian dahi. Perlu diingat, jangan sesekali
mengurutnya cara menurun kerana ia kan menpercepatkan proses kedutan di
wajah. Buatlah setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum
mengambil sarapan pagi.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Jika ingin berjimat dan tidak mahu membazirkan
wang membeli pelembab muka, anda boleh menggunakan pelembab muka semula
jadi. Ambil beberapa lebar daun kubis, sesudu madu lebah dan sedikit
air. Kisarkan daun kubis sehingga halus dan gaulkan dengan kedua-dua
bahan itu. Sapukan ke wajah hingga ke leher dan biarkan selama 20 minit.
Cara menggunakan kapas lembab. Bersihkan dengan lembut. Pasti kulit
anda akan sentiasa lembab dan tegang.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan
ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai daun inai. Kemudian
rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan
garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda
luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua
ini. Ambil 5 helai daun jarak, satu liter air bersih dan sesudu besar
air kapur sirih. Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.
· Petua kedua ialah dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang bengkak.
Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi
yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada seluruh rambut dan kulit
kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut
anda dengan air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi
dan mencegahnya daripada beruban.