Bismillahirrahmanirrahim,
Salam
mahabbah buat semua yang penulis kasihi kerana-Nya.. moga-moga tatkala ini
masih terpelihara dalam diri kita semua
nikmat Iman dan Islam yang
menjadikan diri kita sangat beruntung berbanding makhluk ciptaan-Nya yang lain..alhamdulillah..
sememangnya kita sebagai insan biasa pasti suka berkawan dengan seseorang
yang bersih dan sukakan kebersihan… benar bukan?? Bersih bukan sahaja dilihat
dari segi penampilan kita dalam seharian tetapi juga termasuklah dengan semua
perkara yang berkaitan disekeliling kita sama ada almari, kamar tidur, tandas
kita dan sebagainya…
InsyaAllah
pada entry kali ini, ingin penulis kongsikan beberapa tips yang amat
mudah dan boleh dicuba dirumah masing-masing… tipsnya iaitu “CARA MUDAH
UNTUK MEWANGIKAN ALMARI ANDA…^_^ ” tips ini bukanlah penulis ingin mengajak
pembaca sekelian menghabiskan duit kalian dengan membeli produk wangian almari
sama ada febreze, ambi pur dan sebagainya kerana penulis akui terlalu
banyak wang yang lebih kita perlukan untuk berbelanja dalam hal lain berbanding
menghabiskan duit semata-mata kerana hal yang agak remeh ini…
1.CARA PERTAMA
Bahan-bahannya,
- Satu bekas sederhana kecil
-Tisu (sebaiknya tisu yg tidak mudah bercerai
spt tisu untuk lapik masakan utk lebih tahan)
- Pelembut pakaian (seperti downy, soflan dan
sebagainya)
Caranya;
1.masukkan
cecair pelembut pakaian ke dalam bekas.
2.lipatkan
tisu kemudian celupkan ia ke dalam bekas yang mengandungi pelembut pakaian
tadi.
3.letakkan
dalam almari anda insyaAllah dalam beberapa jam atau dalam sehari almari anda
akan berbau segar.
4.tukarnya
sekiranya sudah tiada bau.
Mudah kan
(^__^)
2. CARA KEDUA
Cara
lain yang mudah dan menjimatkan juga ialah dengan menggunakan kulit limau.
1.letakkan ia didalam uncang yang diperbuat daripada kain nipis atau kain kasa seperti biasa yang kita lihat contohnya seperti cenderahati atau pewangi yang terdapat dalam bentuk uncang di jual di kedai.
2.tukarkan jika telah hilang baunya.
3. CARA KETIGA
1.letakkan ia didalam uncang yang diperbuat daripada kain nipis atau kain kasa seperti biasa yang kita lihat contohnya seperti cenderahati atau pewangi yang terdapat dalam bentuk uncang di jual di kedai.
2.tukarkan jika telah hilang baunya.
3. CARA KETIGA
http://syahadatulhaq-blogspot.blogspot.com/2012/04/tips-mewangikan-mrcupboard-anda.html
Waaahh bestnya petua ni.. Terima kasih, terima kasih.. Lebih jimat petua2 ni berbanding terpaksa kerap kali beli wangian almari baju..^_^
ReplyDeletehttp://nurkids2u.blogspot.com/