Apa yang patut kita lakukan kalau berlaku kemalangan yang menyebabkan kulit melecur? Contohnya semasa kita tengah memasak tetiba terpercik minyak panas atau situasi tertumpah air panas kat anak kecil. Tentu sekali kita kena cepat-cepat bawa ke hospital.
Tapi sebelum sempat mendapat rawatan hospital, elok juga kalau dicuba kaedah tradisional sekurang-kurangnya untuk meredakan sedikit kesakitan akibat bahang panas tu.
Ingat lagi tak kes budak kecil tertumpah kuah panas kat sebuah restoran kepunyaan sorang selebriti suatu masa dulu..?
Mungkin kalau ada di kalangan pekerja atau pelanggan kat restoran tu yang tahu petua yang boleh dilakukan ketika keadaan gawat masa tu kemungkinan dapat sikit sebanyak membantu agar kesan lecur dan kesakitan mangsa dapat dikurangkan.. insyaAllah.
Dalam post penawar kulit melecur saya cuma kongsi panduan secara ringkas jer. Tapi kali nie saya nak kongsi 5 petua yang kita boleh lakukan terpulang kepada keadaan atau kemampuan kita nak mendapat bahan-bahan yang diperlukan dengan serta-merta.
Petua Rawat Kulit Melecur Dengan Telur Mentah
-------------------------------------------------------
Ambil sebiji telur, pecah dan kacaukan telur itu dalam satu bekas. Kendian sapukan telur tu secara berhati-hati ke tempat yang melecur. Seeloknya gunakan kapas lembut sebagai alat untuk menyapukan telur tu ke bahagian yang melecur. InsyaAllah, rasa panas akan bertukar menjadi sejuk dan rasa sakit akan kurang serta lebih selesa.
Sekiranya sapuan tu dah kering, sapukan pula untuk lapisan kedua dan seterusnya. Ulangi setiap kali lapisan tu mengering atau sehingga telur dalam bekas itu digunakan sampai habis. Dikatakan sekiranya dilakukan dengan segera, kesan lecur langsung tidak kelihatan.
Petua Sembuhkan Kulit Melecur Dengan Tepung
-------------------------------------------------------
Segera dapatkan tepung (tak kisahlah tepung apa pun). Tuang tepung dan lumurkan dengan berhati-hati ke tempat yang terkena air atau minyak panas tu. Rasa panas akan reda dan akan rasa lebih selesa. Tepung itu akan membantu agar kulit tidak melepuh. Biarkan dan jangan dibasuh dengan air sehingga mendapat rawatan di hospital.
Petua Rawatan Terkena Minyak Dengan Air Garam
----------------------------------------------------------
Kalau tak dapat cari telur atau tepung, bolehlah dibancuh air larutan garam. Bancuh larutan agar pekat atau likat dan tidak terlalu cair. Sapukan larutan garam tu dengan perlahan-lahan ke tempat yang melecur dan biarkan ia mengering dengan sendiri. Setelah kering, jangan pula dibasuh dengan air. Biarkan saja dan rasa panas dan pijar akan hilang sedikit demi sedikit.
Petua Kulit Melecur Dengan Getah Pelepah Pisang
--------------------------------------------------------
Bagi yang tanam pokok pisang di belakang rumah boleh guna cara ini. Sapukan getah pelepah pisang dengan rata ke bahagian yang melecur. Kesakitan akibat melecur akan mereda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali membiarkan kulit yang terkena minyak panas tu dengan air. Kalau terkena air akan menyebabkan bahagian tersebut melepuh. Akibatnya, bila kulit melepuh tu pecah, akan rasa lebih sakit.
Petua Rawat Terkena Air Panas Dengan Serbuk Kopi
------------------------------------------------------------
Sekiranya korang rasa petua yang di atas tak begitu sesuai, boleh cuba pula petua ini. Ambil serbuk kopi dan tempek atau lumurkan secara perlahan-lahan ke bahagian yang melecur. Mula-mula akan rasa pedih sikit. So kena tahan sikit sakit tu. Lepas kira-kira 10 minit bolehlah ditanggalkan serbuk kopi tu. InsyaAllah, kulit tidak melepuh dan melecur lagi. Ada khasiat istimewa dalam serbuk kopi tu.
https://www.facebook.com/foreverlivingmanjung/posts/597747103577978
No comments:
Post a Comment