Tips Kekalkan Bibir Kemerah-merahan



Untuk mengekalkan bibir agar kelihatan kemerah-merahan dan berseri-seri terdapat beberapa tips yang boleh kita amalkan.
Antara tips yang boleh digunakan ialah :
  • Ambil dua titik madu lebah asli kemudian sapukan dua titik madu lebah asli tersebut pada seluruh bahagian bibir setiap malam sebelum tidur dan amalkan tips ini dengan melakukan setiap hari.
  • Ambil sedikit getah pokok sena kemudian sapukan getah pokok sena yang berwarna merah tersebut ke tempat yang mengalami rekahan di bibir, lihat dalam masa dua hari luka rekahan di bibir itu pasti akan sembuh seperti biasa.
  • Pati susu juga boleh dijadikan bahan untuk mengekalkan kemerahan bibir.Caranya sapukan pati susu pada bibir setiap hari dan biarkan ia kering dengan sendirinya.Insyallah bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan kelak.
  • Terakhir bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk menghasilkan bibir lebih menawan dan kemerah-merahan.
Selamat mencuba pada para pembaca Ohbulan! diluar sana. Pasti keputusan yang sangat memuaskan akan anda perolehi jika tips yang diberi ini dimanfaatkan dengan baik.
http://www.ohbulan.com/tips-kecantikan-kekalkan-bibir-kemerah-merahan/

Petua Awet Muda



Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
http://gemini26576.tripod.com/petua/kecantikan.html

Petua Mencerahkan Kulit Muka


Ha! Ini ada satu petua mencerahkan muka yang sangat berkesan yang telah saya amalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Petuanya mudah sahaja, murah dan yang paling penting, anda akan dapat melihat hasilnya in an instant!

Caranya :

1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis
(kat rumah saya hanya ada limau kasturi, jadi saya guna limau kasturi ajer)

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

Bagi saya, resipi ini cukup berkesan. Saya sendiri telah mencubanya dan mendapati kulit wajah saya lebih cerah dan berseri sebaik sahaja campuran tadi ditanggalkan. Cubalah sendiri!

http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/03/petua-mencerahkan-kulit-muka.html

Pelembab Semulajadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pelembab wajah sangat penting dalam penjagaan wajah seharian kita. Namun begitu, kepada beberapa individu, mendapatkan pelembab yang sesuai adalah sangat sukar. Seperti kes saya, dah berapa banyak krim pelembab saya beli dan cuba, namun tiada satupun yang rasanya sesuai dengan saya. Ada yang terlalu berminyak, terlalu kering, menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak dan pelbagai masalah lain, sehingga akhirnya saya rasa malas untuk mengenakan sebarang jenis pelembab.

Namun sejak akhir-akhir ini, saya telah berjaya menemui satu petua semulajadi yang menjadikan kobis serta madu asli sebagai ramuannya. Saya telah 2 hari menggunakan petua ini, dan insyaallah nampaknya petua pelembab wajah semulajadi ini berkesan terhadap kulit wajah saya.

Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara menggunakan pelembab semulajadi ini :

Bahan-bahan :

1) Kobis yang dikisar dengan pengisar dan ditapis serta diambil airnya sahaja
2) Madu lebah (jangan terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan kulit wajah mengelupas jika anda mempunyai kulit sensitif seperti saya)

Selain enak banget dibuat goreng, kobis juga bagus untuk kecantikan kulit. ..Gambar ehsan SINI














Caranya :

Kobis yang telah dikisar dan diambil airnya tadi akan dicampur dengan madu lebah. Kacau sehingga sebati, kemudian basuh muka dengan ramuan ini. Biarkan ia kering diwajah selama lebih kurang 5-10 minit sebelum dicuci dengan air suam-suam kuku.

Cubalah, dan lihat keberkesanannya kepada diri anda pula. Kongsikan hasilnya di sini nanti ya!

http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2012/04/pelembab-semulajadi.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...