Petua Mencerahkan Kulit Muka


Ha! Ini ada satu petua mencerahkan muka yang sangat berkesan yang telah saya amalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Petuanya mudah sahaja, murah dan yang paling penting, anda akan dapat melihat hasilnya in an instant!

Caranya :

1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis
(kat rumah saya hanya ada limau kasturi, jadi saya guna limau kasturi ajer)

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

Bagi saya, resipi ini cukup berkesan. Saya sendiri telah mencubanya dan mendapati kulit wajah saya lebih cerah dan berseri sebaik sahaja campuran tadi ditanggalkan. Cubalah sendiri!

http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/03/petua-mencerahkan-kulit-muka.html

3 comments:

  1. Perkongsian yang menarik. thanks.

    ReplyDelete
  2. tips menarik..Jom buat masker....mudah sgt2 tau, korang mesti suka..
    http://bit.ly/1hcipo1

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg sangat berguna. Memang bermanfaat.:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...