Petua Menyerikan Kulit Badan – Akar Pokok Inai


Ambil akar pokok inai dan potong halus-halus. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan 2 cawan air. Rebus sehingga mendidih. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Amalkan minum air itu setiap hari supaya kulit badan menjadi segar dan bertambah cantik. 


Petua Menghaluskan Kulit Badan




Baiklan untuk post malam ini, saya akan masukkan petua yang telah lama digunakan oleh nenek moyang kita untuk menghaluskan kulit badan. Ada dua pilihan petua yang saya postkan di sini. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda yang tercari-cari petua ini selama ini

Petua 1 (menghaluskan dan menanggalkan daki di badan)
Bahan-bahan : daun sirih, beras

Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

Petua 2

Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.

Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/04/petua-menghaluskan-kulit-badan.html

Petua Awet Muda Untuk Wajah

Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita, namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.
Dalam pengamatan saya sendiri, amalan ini telah terbukti berkesan kerana semua 'wanita cantik' yang saya pernah kenal menurunkan petua ini kepada saya apabila saya bertanya 'rahsia' wajah mereka yang tegang dan sentiasa kelihatan ceria.

http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/03/petua-awet-muda-untuk-wajah.html

Koleksi Petua Kecantikan

Petua Kos Murah Pecah Lemak

Mereka yang berhadapan dengan masalah berat badan sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik. Walau bagaimana pun pelaburan itu ada kalanya mengecewakan. Jangan putus asa dan apa kata cuba petua tradisional. Selain mudah diamalkan, ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi. Sediakan kapur sirih dan campurkan ia dengan limau nipis serta ragi. Setelah digaul sebati, sapukan pada tempat yang diingini seperti perut, paha, betis, lengan atau pun keseluruhan tubuh. Untuk mendapat hasil yang menggembirakan, amalkan petua ini sekerap yang mungkin.

Faridah Omar, Jerantut, Pahang.


Petua Kecantikan

Petua Siku & Lutut Cantik

Majoriti di kalangan kita berhadapan dengan masalah siku dan lutut kehitam-hitaman dan mati kutu. Bagaimana mahu merawat masalah ini sekali gus menjadikannya cantik seperti asal. Petua yang mudah diikuti ialah dengan memarut buah nanas segar yang telah dicuci bersih. Setelah mendapat kuantiti yang mencukupi, sapukan ia pada siku serta lutut. Gosok bahagian itu perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat semula jadinya dapat memberikan kesan yang baik. Selepas itu bilas dengan air suam sehingga hilang rasa melekit. Keringkan dengan tuala bersih dan jangan lupa untuk menyapukan minyak bayi atau pun pelembap. Petua ini boleh diamalkan sekerap mungkin dan selamat menikmati hasilnya.

Siti Nora Sani, Segamat, Johor.

Petua Turun-Temurun Atasi Jeragat

Semakin usia meningkat, semakin banyak jeragat akan kelihatan dan ia memang menggusarkan sesiapa sahaja. Selain rawatan di pusat kecantikan, anda juga boleh mencuba petua turun- temurun ini. Sediakan dua inci daun betik muda, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Terlebih dahulu, beras perlulah direndam semalaman. Keesokannya, kisar beras itu bersama-sama daun betik serta kulit kayu manis. Setelah siap, sapu atau gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah. Biarkan ia kering dalam 20 minit sebelum boleh dibilas dengan air suam. Semoga petua ini dapat membantu mengurangkan tompok-tompok hitam sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi.

Fatimah Ahmad, Kangar, Perlis.

Petua Anti Kedut



Pisang kaya dengan potasium yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dimakan, pisang juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah akibat penuaan. Caranya ialah dengan memotong pisang dengan saiz kecil dan kemudian dikisar sehingga halus. Selepas itu, sapukan krim pisang itu pada wajah dan biarkan selama 10 minit sehingga 15 minit. Seterusnya bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air bersih. Masker pisang ini seelok-eloknya dilakukan sekali dalam seminggu bagi merasai perbezaannya. Petua ini begitu diamalkan dan selamat mencuba.

Nur Amira Abdul Halim, Sungai Buloh, Selangor.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/05/koleksi-petua-kecantikan.html#ixzz2G3eIrWia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...