Mereka yang berhadapan dengan masalah berat badan sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik. Walau bagaimana pun pelaburan itu ada kalanya mengecewakan. Jangan putus asa dan apa kata cuba petua tradisional. Selain mudah diamalkan, ia juga tidak memerlukan kos yang tinggi. Sediakan kapur sirih dan campurkan ia dengan limau nipis serta ragi. Setelah digaul sebati, sapukan pada tempat yang diingini seperti perut, paha, betis, lengan atau pun keseluruhan tubuh. Untuk mendapat hasil yang menggembirakan, amalkan petua ini sekerap yang mungkin.
Faridah Omar, Jerantut, Pahang.
Petua Siku & Lutut Cantik
Majoriti di kalangan kita berhadapan dengan masalah siku dan lutut kehitam-hitaman dan mati kutu. Bagaimana mahu merawat masalah ini sekali gus menjadikannya cantik seperti asal. Petua yang mudah diikuti ialah dengan memarut buah nanas segar yang telah dicuci bersih. Setelah mendapat kuantiti yang mencukupi, sapukan ia pada siku serta lutut. Gosok bahagian itu perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat semula jadinya dapat memberikan kesan yang baik. Selepas itu bilas dengan air suam sehingga hilang rasa melekit. Keringkan dengan tuala bersih dan jangan lupa untuk menyapukan minyak bayi atau pun pelembap. Petua ini boleh diamalkan sekerap mungkin dan selamat menikmati hasilnya.
Siti Nora Sani, Segamat, Johor.
Petua Turun-Temurun Atasi Jeragat
Semakin usia meningkat, semakin banyak jeragat akan kelihatan dan ia memang menggusarkan sesiapa sahaja. Selain rawatan di pusat kecantikan, anda juga boleh mencuba petua turun- temurun ini. Sediakan dua inci daun betik muda, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. Terlebih dahulu, beras perlulah direndam semalaman. Keesokannya, kisar beras itu bersama-sama daun betik serta kulit kayu manis. Setelah siap, sapu atau gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah. Biarkan ia kering dalam 20 minit sebelum boleh dibilas dengan air suam. Semoga petua ini dapat membantu mengurangkan tompok-tompok hitam sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi.
Fatimah Ahmad, Kangar, Perlis.
Petua Anti Kedut
Pisang kaya dengan potasium yang baik untuk kesihatan. Selain sedap dimakan, pisang juga dapat membantu mengurangkan kedutan pada wajah akibat penuaan. Caranya ialah dengan memotong pisang dengan saiz kecil dan kemudian dikisar sehingga halus. Selepas itu, sapukan krim pisang itu pada wajah dan biarkan selama 10 minit sehingga 15 minit. Seterusnya bilas dengan air suam dan sekali lagi dengan air bersih. Masker pisang ini seelok-eloknya dilakukan sekali dalam seminggu bagi merasai perbezaannya. Petua ini begitu diamalkan dan selamat mencuba.
Nur Amira Abdul Halim, Sungai Buloh, Selangor.
Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2012/05/koleksi-petua-kecantikan.html#ixzz2G3eIrWia
No comments:
Post a Comment