Dengan menyapukan minyak semulajadi pada bulu mata, anda dapat
menggalakkan pertumbuhan bulu mata sehingga menjadi lebih panjang dan lebat.
Minyak buahan seperti jarak, zaitun dan almond boleh disapu pada bulu mata.
Untuk hasil terbaik, sapukankan minyak almond pada bulu mata anda di malam hari.
Hasilnya akan dapat dilihat dalam waktu satu bulan.
1001 Maklumat Mengenai Kecantikan Kulit, Wajah, Tubuh, Dalaman & Luaran. [Kosmetik Seri Wajah & Serbuk Pure Collagen Pueraria Mirifica Plus Mix Berry]
Petua Naikkan Seri Muka - Air Beras
Celupkan kapas pada air beras dan sapu-sapukan di bahagian wajah sebagai toner setelah membersihkan wajah. Air beras mengandung inositol yang membantu perkembangan sel dan memperlambat penuaan. Dengan melakukan amalan ini 2 kali sehari, membantu melancarkan peredaran darah pada wajah. Air beras juga bermanfaat untuk melembab dan bertindak sebagai antioksidan di kulit.
Petua Hilangkan Kesan Dakwat pada Pakaian
1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
3) Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.
4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.
http://inur-ceritainsandiperantauan.blogspot.com/2013/10/petua-menghilangkan-pelbagai-jenis-noda.html
Siri Petua Hilangkan Jerawat
Minggu ini saya akan memaparkan pelbagai petua jerawat yang pernah saya perolehi. Semua yang dipaparkan di sini pernah dicuba oleh saya, rakan-rakan atau ahli keluarga. Semoga ia dapat memanfaatkan semua pembaca
Petua Jerawat Siri 1 :
Petua ini menggunakan buah tomato sebagai penawar kepada masalah jerawat. Caranya ialah dengan menyapukan buah tomato yang telah dibelah ke wajah sebelum masuk tidur. Setelah agak kering, buangkan biji-biji tomato yang melekat pada wajah anda. Ramuan ini boleh dipakai semalaman atau jika anda terasa gatal atau pedih, anda boleh membersihkannya dengan air bersih sebaik sahaja ia mengering. Amalkan petua ini sekali seminggu.
Di samping menyembuhkan jerawat, petua tomato ini juga akan membuatkan wajah kelihatan lebih cerah dan lebih berseri.
Cubalah!
Siri Petua Jerawat : Siri 2
Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu, pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah anda.
Biarkan ia mengering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.
http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/03/siri-petua-jerawat-siri-2.html
Subscribe to:
Posts (Atom)