Minggu ini saya akan memaparkan pelbagai petua jerawat yang pernah saya perolehi. Semua yang dipaparkan di sini pernah dicuba oleh saya, rakan-rakan atau ahli keluarga. Semoga ia dapat memanfaatkan semua pembaca
Petua Jerawat Siri 1 :
Petua ini menggunakan buah tomato sebagai penawar kepada masalah jerawat. Caranya ialah dengan menyapukan buah tomato yang telah dibelah ke wajah sebelum masuk tidur. Setelah agak kering, buangkan biji-biji tomato yang melekat pada wajah anda. Ramuan ini boleh dipakai semalaman atau jika anda terasa gatal atau pedih, anda boleh membersihkannya dengan air bersih sebaik sahaja ia mengering. Amalkan petua ini sekali seminggu.
Di samping menyembuhkan jerawat, petua tomato ini juga akan membuatkan wajah kelihatan lebih cerah dan lebih berseri.
Cubalah!
Siri Petua Jerawat : Siri 2
Kupas kulit sebiji timun dan kemudian tumbuk hingga lumat. Bersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu, pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi pada jerawat yang terdapat di wajah anda.
Biarkan ia mengering selama 1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.
http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/03/siri-petua-jerawat-siri-2.html
No comments:
Post a Comment