Perkara Yang Perlu Dielak Dalam Menghadapi Cuaca Panas Melampau

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCs9EA15Oa22ZEafmGGgVo5He0q1F805Ur3ZCRaJbjwy6U_VPI0NSL1PrBxS3hYzC0ddNuXl0yXpCnjif63O9JsPn7EEBWpqU-psTHeVn1yi94CjGPex7A9A-N1BpoZ0xLRaRh2Vp0LeKc/s250-c/CUACA+PANAS.png

Ketika menghadapi cuaca panas melampau yang sedang melanda negara sekarang. Elakkan:

  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
 Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Cuaca%20Panas-Nasihat%20Kepada%20Orang%20Ramai.php

Petua Mengurangkan Rasa Panas Melampau

http://babab.net/img/cuaca-panas-melampau-sekolah-mungkin-tutup-sementara.jpg

Cara  mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau. Apa yang anda perlu lakukan ialah :

  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Cuaca%20Panas-Nasihat%20Kepada%20Orang%20Ramai.php

Petua Hilangkan Panas Badan

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/02/equiknoks.jpg

Musim panas kini melanda! Walaupun kita di Malaysia memang sentiasa panas, bukan macam di Eropah yang ada 4 musim, tetapi tentu ramai terasa panas yang melanda kini lain macam bahangnya.

Untuk pengatahuan anda, ini adalah disebabkan fenomena El Nino, di mana suhu maksimum pada hari biasa adalah di antara 28.6°C dan 35°C manakala kalau pada hari panas suhu maksimum adalah antara 35°C dan 37 °C! Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Negara, fenomena cuaca panas ini akan berterusan sampai bulan Mac.

Kemaskini terkini, Jabatan Meteorologi Negara menyatakan bahawa selain El Nino, yang akan menyebabkan 20 hingga 60 peratus kurang hujan, ekuinoks yang akan berlaku pada 20 Mac ini di mana matahari akan berada betul-betul di atas khatulistiwa menyebabkan cuaca yang amat panas

Badan selalu berasa panas akibat suhu persekitaran yang tinggi atau makan makanan yang memanaskan badan? Badan sering berpeluh menimbulkan masalah bau tengit dan adakalanya sukar untuk tidur malam?

Cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan.

1) Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.

2) Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.

3) Tebuk sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali

4) Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari

5) Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.

6) Layur 2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari

7) Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur.

8) Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.

Boleh juga minum air cap badak bila badan panas.

Selamat mencuba.

Sumber: http://101petua.blogspot.my/

Petua Ubat Sakit Tekak

Image result for asam gelugor

Dewasa ini dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang menderita sakit tekak. Petua mudah menghilangkan sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur, dibakar hingga hangus. Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya- Allah sakit tekak anda akan cepat sembuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...