Cuaca Panas Melampau. Golongan Yang Berisiko?

 http://hanasuva.com/wp-content/uploads/2016/03/man-sweating-wipe-brow-on-ground_h.jpg

Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut  contohnya akibat strok haba. 
Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko: 
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid. 
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh. Gejala cuaca panas melampau adalah :

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Cuaca%20Panas-Nasihat%20Kepada%20Orang%20Ramai.php

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...