Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan
ke dalam periuk berisi air. Campurkan beberapa helai daun inai. Kemudian
rebuslah dan apabila airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur dan
garam secukup rasa. Berkumurlah dengan air rebusan ini. Jika gusi anda
luka, elok juga berkumur dengan air daun sirih.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Gusi bengkak boleh diatasi dengan mencuba petua
ini. Ambil 5 helai daun jarak, satu liter air bersih dan sesudu besar
air kapur sirih. Rebuskan ramuan ini dan minum airnya.
· Petua kedua ialah dengan mengambil umbut nanas. Hancurkan dan campurkan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang bengkak.
Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi
yang ditumbuk lumat. Kemudian sapukan pada seluruh rambut dan kulit
kepala, pada sebelah petang. Biarkan beberapa jam dan cucilah rambut
anda dengan air bersih sebelum tidur. Hasilnya rambut anda menjadi wangi
dan mencegahnya daripada beruban.
Hendak kurus tanpa sebarang perbelanjaan? Cara
paling senang ialah dengan mendisplinkan diri. Iaitu ketika suapan
dikunyah 40 kali. Jangan sekali-kali makan berulamkan air. Petua ini
sangat baik untuk mengelakkan perut buncit, selain dapat menghindarkan
sakit pinggang.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat
ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji
epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah
perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh
menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah
dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan
dapat hasil memuaskan.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
- Mereka
yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh,
peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
- Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Penghidap penyakit sistem pernafasan.Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah
jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba
keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
Gejala cuaca panas melampau adalah :
- Sakit kepala
- Keletihan
- Lemah tumpuan
- Pening
- Lemah otot–otot atau kekejangan
- Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Cuaca%20Panas-Nasihat%20Kepada%20Orang%20Ramai.php
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
- Keluar dari kawasan yang panas
- Tanggalkan pakaian yang ketat
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan
- Minum air setiap 15 minit
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Cuaca%20Panas-Nasihat%20Kepada%20Orang%20Ramai.php