Petua Menghilangkan Kekotoran Degil Pada Pakaian


Pakaian Terkena Dakwat 
  1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
  2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
  3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.


Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat
 Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian 
  1. Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
  2. Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
Menghilangkan Darah Pada Pakaian 
  1. Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
  2. Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian 
  1. Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
  2. Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.
Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik 
  1. Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
  2. Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

https://www.facebook.com/notes/alif-aisya-shoppe/petua-petua-dalam-membersihkan-pakaian-bila-terkena-kotoran-tertentu/147588408637327

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...