Petua Hilangkan Kedut di Wajah

 

Kulit yang lambat berkedut ialah kulit yang tidak kering (hidrasi), kedua-dua dari segi luaran dan dalaman.
Dari segi luaran ialah dengan menggunakan krim pelembab dengan cara yang betul supaya ia lebih berkesan. 

Mari kita berkongsi tips (petua) mudah yang diamalkan oleh Vicky DeRosa sebagai rutin harian, seperti berikut:

1. Selepas bangun tidur, basuh muka, lap sikit-sikit kemudian sapu krim pelembab. Bagi orang Islam, krim pelembab ini boleh disapu selepas solat subuh.

2. Minum segelas air limau/lemon suam (sebagai tonik untuk kulit yang sihat).

3. Mandi dengan memberus atau menyental daki sehingga bersih dan segar. Boleh menyental badan dengan menggunakan berus badan atau bahan sentalan campuran sedikit madu dan gula.

4. Selepas mandi, jangan lap badan sehingga kering sangat, biarkan kulit lembab. Kemudian sapukan krim pelembab lagi ke muka dan seluruh badan, teruskan dengan bersiap dengan memakai pakaian, kemudian sapu krim pelembab lagi di muka, sambung lagi bersiap, sapukan lagi krim pelembab ke muka. Ulang menyapu krim pelembab sehingga 3 – 5 kali. Pastikan krim pelembab tersebut betul-betul terserap ke dalam kulit. Sebenarnya proses ini hanya mengambil masa 5 – 10 minit sahaja.

Bagi mengelakkan kulit kering dari dalaman ialah dengan minum banyak air dan mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat untuk kulit yang sihat dan cantik.

http://sitik.wordpress.com/2012/12/17/petua-cara-mudah-hilangkan-kedut/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...