Minggu ini saya akan memaparkan pelbagai petua jerawat yang pernah saya
perolehi. Semua yang dipaparkan di sini pernah dicuba oleh saya,
rakan-rakan atau ahli keluarga. Semoga ia dapat memanfaatkan semua
pembaca
Petua Jerawat Siri 1 :
Petua ini menggunakan
buah tomato
sebagai penawar kepada masalah jerawat. Caranya ialah dengan menyapukan
buah tomato yang telah dibelah ke wajah sebelum masuk tidur. Setelah
agak kering, buangkan biji-biji tomato yang melekat pada wajah anda.
Ramuan ini boleh dipakai semalaman atau jika anda terasa gatal atau
pedih, anda boleh membersihkannya dengan
air bersih sebaik sahaja ia mengering. Amalkan petua ini
sekali seminggu.
Di samping menyembuhkan jerawat, petua tomato ini juga akan membuatkan wajah kelihatan
lebih cerah dan
lebih berseri.
Cubalah!
Siri Petua Jerawat : Siri 2
Petua kali ini menggunakan kulit timun.
Kupas kulit sebiji timun dan kemudian
tumbuk hingga lumat.
Bersihkan wajah terlebih dahulu dan lapkan wajah sehingga kering. Selepas itu,
pupurkan kulit timun yang telah ditumbuk tadi
pada jerawat yang terdapat di wajah anda.
Biarkan ia mengering selama
1/2 jam pada wajah sebelum dicuci dengan air bersih. Petua ini elok jika diamalkan
pada setiap hari supaya jerawat yang tumbuh cepat mengering dan tidak meninggalkan bekas.
http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com/2007/03/siri-petua-jerawat-siri-2.html