Bagi mereka yang kulitnya berminyak, berjerawat
ataupun mempunyai kesan parut, cubalah petua mudah ini. Parut sebiji
epal atau sebiji tomato yang cukup masak. Kemudian gosoklah
perlahan-lahan pada wajah dan leher. Kandungan gelatin pada tomato boleh
menghilangkan kehitaman dan parut baru. Biarkan 20 minit, barulah
dicuci wajah anda dengan air suam. Lakukan berulang-kali dan anda akan
dapat hasil memuaskan.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=13348.0
Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
- Mereka
yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh,
peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
- Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Penghidap penyakit sistem pernafasan.Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah
jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba
keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
Gejala cuaca panas melampau adalah :
- Sakit kepala
- Keletihan
- Lemah tumpuan
- Pening
- Lemah otot–otot atau kekejangan
- Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Cuaca%20Panas-Nasihat%20Kepada%20Orang%20Ramai.php
Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
- Keluar dari kawasan yang panas
- Tanggalkan pakaian yang ketat
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan
- Minum air setiap 15 minit
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Cuaca%20Panas-Nasihat%20Kepada%20Orang%20Ramai.php
Ketika menghadapi cuaca panas melampau yang sedang melanda negara sekarang. Elakkan:
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Cuaca%20Panas-Nasihat%20Kepada%20Orang%20Ramai.php
Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau. Apa yang anda perlu lakukan ialah :
- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
- Hadkan aktiviti luar
- Kerap berehat
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar
Sumber: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Cuaca%20Panas-Nasihat%20Kepada%20Orang%20Ramai.php
Musim panas kini melanda! Walaupun kita
di Malaysia memang sentiasa panas, bukan macam di Eropah yang ada 4
musim, tetapi tentu ramai terasa panas yang melanda kini lain macam bahangnya.
Untuk pengatahuan anda, ini adalah disebabkan fenomena El Nino, di mana suhu
maksimum pada hari biasa adalah di antara 28.6°C dan 35°C manakala kalau
pada hari panas suhu maksimum adalah antara 35°C dan 37 °C! Menurut
kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Negara, fenomena
cuaca panas ini akan berterusan sampai bulan Mac.
Kemaskini terkini, Jabatan Meteorologi Negara menyatakan bahawa selain
El Nino, yang akan menyebabkan 20 hingga 60 peratus kurang hujan,
ekuinoks yang akan berlaku pada 20 Mac ini di mana matahari akan berada betul-betul di atas khatulistiwa menyebabkan cuaca yang amat panas
Badan selalu berasa panas akibat suhu persekitaran yang tinggi atau
makan makanan yang memanaskan badan? Badan sering berpeluh menimbulkan
masalah bau tengit dan adakalanya sukar untuk tidur malam?
Cubalah mana-mana petua di bawah ini untuk menghilangkan atau menurunkan panas badan.
1) Minum jus dari sebiji lemon dengan bancuhan bersama segelas air dan sedikit gula.
2) Kisar sebiji timun hingga halus, tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama beberapa hari.
3) Tebuk sebiji kelapa muda dan masukkan sesudu besar jintan manis ke
dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada
keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali
4) Kisar sebiji buah belimbing bersama segelas air kosong tanpa ditambah gula. Tapis dan minum airnya 2 kali sehari
5) Lumurkan lendir daun aloe vera ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada.
6) Layur 2 pelepah daun pisang. Letakkan satu di atas lantai, baring di
atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3
kali sehari
7) Ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke
bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan
sebelum tidur.
8) Paling mudah minum banyak air kosong. Mudah buang air kecil yang turut membawa keluar haba dari dalam badan.
Boleh juga minum air cap badak bila badan panas.
Selamat mencuba.
Sumber: http://101petua.blogspot.my/
Dewasa ini dalam keadaan cuaca yang tidak
menentu, ramai yang menderita sakit tekak. Petua mudah menghilangkan
sakit tekak, ambil beberapa keping asam gelugur, dibakar hingga hangus.
Selepas itu, tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian
sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Insya- Allah sakit tekak anda
akan cepat sembuh.