Saya nak berkongsi sikit pengalaman saya mengurangkan jerawat di muka. Kalau saya cakap pasti anda tidak percaya bahawa cara paling mudah untuk elak dari jerawat tumbuh ialah dengan menjaga beberapa pantang larang. Memang pelik pantang larang yang saya akan terangkan nanti, tapi hakikatnya ianya berhasil pada saya. Oleh itu saya ingin kongsikan beberapa tips yang mampu selesaikan masalah anda.
Tips Elak Jerawat :-
1. Jika anda sudah menggunakan pelbagai jenis pencuci muka namun tetap jerawat tumbuh, anda harus berhenti dari mengunakan kesemua jenis pencuci muka selama seminggu.
2. Dalam tempoh seminggu, pastikan anda mengelap muka anda dengan tuala yang bersih supaya kotoran dan kulit berminyak tidak menghalang pengudaraan muka anda.
3. Setelah seminggu , anda barulah mengunakan semula pencuci muka yang benar-benar bersesuaian dengan muka anda.
4. Basuk muka 2 kali sehari iaitu pada mandi pagi dan petang.
5. Amalkan mengelap muka dengan tuala bersih.
6. Perbanyakkan mengambil wuduk (Air sembahyang)
7. Jangan sentuh muka dengan tangan yang kotor.
8. Kurangkan stress ditempat kerja ataupun belajar.
9. Gunakan pencukur baru ketika bercukur.
10. Elakkan makan dan minum :-
- air soya
- kacang dan jajan
- tempe
- makanan yang terlalu pedas
- makanan yang terlalu berminyak
12. kawan perempuan saya cakap, anda mesti bersihkan muka dahulu sebelum make-up.
* Selamat beramal, andai kata tak menjadi mesti ada masalah lain pada muka anda. elok jumpa doktor…
http://www.uzairothman.com/2012/11/11/tips-terbaik-kurangkan-dan-elakkan-jerawat.html
No comments:
Post a Comment