Cara pemakanan yang baik dapat menjamin kesihatan yang berpanjangan. Apabila bercakap tentang pemakanan ia boleh di kaitkan dengan sistem penghadaman, sekiranya anda memimiliki kurang daya penghadaman,ia boleh menghadkan pengambilan vitamin oleh tubuh. punca utama kepada penghadaman yang tidak berkesan ialah cara kunyahan kurang sempurna atau makan terlalu laju. ia mengakibatkan saiz partikel makanan menjadi terlalu besar dan ia tidak dapat di hadamkan dengan sempurna. Contohnya, mereka yang memakai gigi palsu adalah kepada keadaan ini kerana tidak dapat mengunyah dengan baik.
Berikut Adalah 10 tip Berguna Untuk Sistem Penghadaman Yang Baik:
1.Makan dengan relaks dengan hidangan yang lengkap dan sihat.Ambil masa sewaktu makan dan kunyah makanan hingga ia benar-benar lumat dalam mulut. jika anda terlalu sibuk atau tidak sempat untuk makan, ambil makanan yang ringkas seperti jus segar, buah-buahan, yogurt, sedikit biji bunga matahari atau ‘protein bar’.
2.Lakukan senaman yang sesuai dan teratur.Aktiviti berjalan dan yoga adalah bentuk senaman yang paling sesuai untuk membantu sistem penghadaman. Jika anda ingin melakukan senaman mengangkat beban, tunggu sekurang-kurangnya dua jam selepas makan.
3.Minum air kosong secukupnya iaitu enam hingga lapan gelas sehari. Kurangkan pengambilan makanan jika anda sedang berdiet dan banyakkan minum air kosong. Kurangkan mengambil minuman berais atau sejuk.
4.Dapatkan makanan berserat secukupnya dalam menu diet anda sama ada sayur-sayuran dan buah-buahan atau bijiran penuh.
5.Jauhkan makanan yang boleh menyebabkan alergi dalam diet anda. Kenal pasti makanan yang manakah menyebabkan alergi. Lakukan ujian darah untuk mengenal pasti sensitiviti anda terhadap makanan tertentu.
6. Makan makanan organik di mana sahaja jika berkesempatan. Bagi anda yang mengalami masaalah penghadaman haruslah mengelakkan makanan yag mengandungi bahan perisa tambahan bagi mengelakkan pengumpulan toksin dalam badan.
7.Jika anda mengalami masalah yang kronik, gantikan makanan hidangan anda dengan enzim penghadaman atau asid hidroklorik, atau kedua-duanya sekali. Jika gagal, Bertemulah dengan pakar.
8.Peka terhadap diri sendiri bagi mengetahui masalah penghadaman. Contohnya, mengetahui punca sembelit dan cirit birit yang berkaitan dengan masalah penghadaman. Pilih makanan herba dan nutrien yang menyihatkan bagi mengatasi gejala-gejala ini.
9.Masalah penghadaman, senak perut dan perut buncit selepas makan yang kadangkala berlaku boleh di rawat. Tetapi, jika anda sedang mengalami simpton ganguan penghadaman, lakukan pemeriksaan kerana dikhuatiri terdapatnya alergi makanan dan tinggi atau rendahnya asid perut.
10.Perbaiki dan atasi gangguan penghadaman dengan memilih pemakanan seimbang contohnya ‘glutamine’ dan lain-lain vitamin serta mineral. Ambil makanan yang sesuai dengan anda dan kunyah dengan sebaiknya agar tidak berlaku gangguan penghadaman.
Sumber-Majalah Rapi
http://www.gempak.org/forum/175-kesihatan/41631-10-tip-untuk-sistem-penghadaman-yang-baik.html
salam. nak kurus dan cantik dengan premium beautiful corset?
ReplyDeletejom follow www.shawanikarim.blogspot.com.