Petua Merawat Kulit Terbakar oleh Matahari

Kulit muka anda terbakar akibat sinaran matahari atau sunburn? Bagi yg aktif beraktiviti outdoor pasti sering mengalami sunburn ni kan? Atau bagi yg baru pulang becuti dari pantai atau pulau-pulau, pasti cenderung untuk terkena sunburn. Jangan stress-stress. Jom cuba petua dan tips di bawah untuk rawat sunburn.

kulit terbakar sunburn
1) Daun Lidah Buaya

Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti akan nampak kesannya nanti.

2) Masker Timun & Susu Tepung

Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan 2 sudu susu tepung. Setelah campuran ini likat, sapukan ke kulit wajah dengan rata. Jadikan seperti masker. Khasiat timun dan susu tepung dipercayai mampu menyejukkan kulit yg terbakar.

3) Tomato

Cuci bersih tomato yg hendak digunakan. Kemudian belah 2. Gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika di muka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih. Tomato juga mempunyai agen penyejukan sendiri.

4) Guna Kentang

Ambil sebiji kentang bersaiz sederhana. Tidak perlu buang kulitnya. Basuh bersih dan kukus sehingga lembut. Kemudian lenyek kentang sehingga hancur. Sapukan ke wajah dan jadikan seperti masker. Khasiat ubi kentang juga bagus untuk merawat kulit terbakar.

http://blogr.my/go/79856/merawat-kulit-terbakar-atau-sunburn-akibat-sinaran-matahari.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...