Pakaian Terkena Dakwat
- Bancuh
sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan
rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu
tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas
pakaian itu seperti biasa.
- Titiskan air limau yang
bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan
tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
- Picitkan
penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering
sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan
basuhlah seperti biasa.
Pakaian Terkena Karat
Potong
dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian
rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti
biasa.
Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.
Pakaian Terkena Cat
Rendamkan
pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam.
Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.
Menanggalkan Kesan Minyak Hitam Pada Pakaian
- Titiskan
beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam.
Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian
tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis
atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas
seperti biasa.
- Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di
tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan
ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
Menghilangkan Darah Pada Pakaian
- Gosokkan
sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh
pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
- Campurkan
garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke
dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti
biasa.
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
- Basuh
kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di
tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
- Sapukan
sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian
perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu.
Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.
Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh
kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering.
Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak
perubahannya.
Mengekalkan Warna Pakaian
Rebus
dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta
sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran
tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.
Mengekalkan Warna Kain Batik
- Rendamkan
kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama
20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
- Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.
Menaikkan Seri Kain Sutera
Sebelum
digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan
harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan.
Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.
https://www.facebook.com/notes/alif-aisya-shoppe/petua-petua-dalam-membersihkan-pakaian-bila-terkena-kotoran-tertentu/147588408637327